[VIDEO] "Request Letak Belon" - Siap Terapung, Veil Pengantin Perempuan Ini Raih Tumpuan
Jarang tengok macam ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi bakal pengantin, pemilihan busana adalah sangat dititik beratkan pada hari bahagia mereka
Iyalah, pasti nak nampak cantik kan di hari bermakna, jadi macam-macam persiapan telah dilakukan. Malah, ada yang sanggup berhabis duit untuk nampak lain daripada yang lain pada hari tersebut.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang pengantin perempuan meminta untuk diletakkan belon pada veilnya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak lain daripada yang lain, minta letak belon dekat veil
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengantin perempuan sedang bersiap sedia untuk majlis perkahwinannya.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah pengantin tersebut meminta agar diletakkan belon pada veilnya.
Selepas siap diletakkan, ternyata veil itu terapung diangkat belon-belon tersebut. Dia pula kelihatan senyum dan gembira dengan hasilnya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Kreatif, tak payah susah orang nak pegang kat belakang kan" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 347.3K views, 11.7K likes dan 97 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: