[VIDEO] Lelaki Berjaya Halang Air Banjir Masuk Rumah Guna Penghadang Kayu & Plasticine
Jimat dan selamat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jumlah penduduk terjejas akibat banjir yang melanda tujuh negeri membabitkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Perak dan Selangor terus meningkat kepada 74,173 mangsa daripada 22,966 keluarga setakat pagi ini, 29 November
Menurut laporan Berita Harian, Kelantan masih merekodkan angka mangsa banjir tertinggi dengan 59,232 orang yang membabitkan 18,471 keluarga yang ditempatkan di 221 PPS di 10 daerah negeri berkenaan.
Banyak juga di media sosial kita boleh lihat individu yang berkongsi kawasan dan rumah mereka habis ditenggelami air akibat banjir.
Namun, ada juga yang menggunakan dan melakukan pelbagai cara untuk menghalang air daripada masuk dalam rumah mereka.
Seperti video yang tular di TikTok ini selepas seorang lelaki berkongsi kreativitinya Do-It-Yourself (DIY) bahan yang sedia ada untuk menghalang air masuk telah mencuri perhatian.
Image via @mfariswan (TikTok)
Hanya gunakan kayu papan buruk dan plastisin anak
Menerusi video di TikTok @mfariswan, dia berkongsi keadaan kawasan rumahnya yang sudah dinaiki air banjir akibat hujan lebat.
Dapat dilihat air dari bahagian jalan raya sudah mula bertakung sehingga memasuki dalam kawasan rumahnya.
Namun, dia telah mengolah sesuatu yang kreatif dengan menggunakan papan kayu buruk dan juga plastisin anaknya yang kemudiannya di letakkan di bahagian hadapan pintu.
Lebih menarik lagi, ciptaanya itu berjaya kerana telah menghalang air daripada masuk ke dalam walaupun hanya menggunakan dua bahan tersebut.
Lihat video di bawah:
Boleh cuba ikhtiar cara ni, sekurang-kurangnya tak adalah rumah masuk air cepat :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment