[VIDEO] Lelaki Kongsi 'Kenapa Orang Cina Tak Suka Tolong Orang' Ini Raih Bualan Netizen
Ada betulnya juga tu, tapi tak semua macam tu.
Saling bantu-membantu menjadi salah satu sifat yang harus disemai dalam diri kita
Jika kita ditimpa kesusahan atau kesulitan, sudah pasti kita mengharapkan pertolongan daripada orang lain. Sebagai contoh, apabila mengalami kemalangan ataupun apa-apa lagi situasi yang membahayakan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki berkongsi mengapa orang Cina tak suka nak tolong orang telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sifat tak suka tolong berasal daripada 'keluarga'
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berkongsi tentang pendapatnya tentang mengapa orang Cina tak suka tolong orang.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai @leeroywong itu merupakan influencer yang sering membuat content berbentuk social experiment di tempat awam. Dia mengaku bahawa orang Cina tak suka tolong orang disebabkan ibu bapa mereka.
"Keluarga Cina berasal daripada keluarga yang terlalu melindungi, kata lain terlalu mementingkan diri. Sebagai contoh, kalau ada apa-apa berlaku, ibu bapa kami akan bagitau suruh cepat-cepat jalan, jangan peduli. Takut nanti apa apa-apa yang berlaku lagi" katanya.
Sebaiknya jangan tolong kerana nanti kita pula yang akan susah, konsep sebeginilah yang diamalkan oleh kebanyakan orang Cina sehinggakan ramai yang tak berani untuk tolong orang awam yang kesusahan.
Influencer ini juga memberi beberapa contoh situasi yang berlaku seperti video viral abang foodpanda yang berlaku. Ramai orang Cina yang meninggalkan komen seperti tak bersimpati berbeza dengan orang Melayu yang sering bersimpati dan mendoakan kebaikan orang lain.
Image via @leeroywong28 (TikTok)
Image via @leeroywong28 (TikTok)
"Kita di Malaysia nak menolong bukan ikutkan agama, tapi kita perlukan satu hati bangsa semua. Kita semua hidup kena bermuafakat." - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 203K tanda suka dan 7K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @leeroywong28 (TikTok)
Image via @leeroywong28 (TikTok)
Image via @leeroywong28 (TikTok)
Tak semua Cina macam tu, ada juga yang baik hati. Besar pahala tolong orang tau! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment