[VIDEO] "Macam Mana Boleh Masuk" - Abang Grab Naik Hairan Kereta Selamba Lalu Jalan Motor
Takkan dia tak perasan masa masuk?
Jika kita lihat di lebuh raya, kebiasaannya jalan bagi motosikal dan kereta akan dibahagikan kepada dua
Jalan tersebut bukanlah satu kawasan yang sama. Hal ini bagi memudahkan lagi untuk penunggang motosikal supaya mereka tidak perlu bersesak-sesak di jalan kereta dan ianya lebih selamat.
Namun, baru-baru ini viral sebuah video menunjukkan sebuah kenderaan memasuki jalan motosikal telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Selamba bantai masuk jalan motosikal
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengguna TikTok berkongsi situasi di mana sebuah kenderaan tiba-tiba memasuki laluan motosikal.
Kenderaan jenis Honda itu dilihat dengan selamba memandu di dalam kawasan tersebut. Malah, penunggang motosikal Grab dibelakang juga naik hairan melihatnya.
Image via @adammonn_ (TikTok)
"Biasa bawa motor, harini lupa bawa kereta" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 875.7K views, 52.3K likes dan 203 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @adammonn_ (TikTok)
Image via @adammonn_ (TikTok)
Image via @adammonn_ (TikTok)
Image via @adammonn_ (TikTok)
Image via @adammonn_ (TikTok)
Aduhai, macam manalah dia boleh tersalah masuk tu :I
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment