[VIDEO] Mak Tengah Khusyuk Mengaji, Ayah Pula Karaoke Di Ruang Tamu Buat Anak Naik Pening
Dua dunia yang berbeza.
Duduk di rumah ibu ayah sememangnya best dan boleh lihat macam-macam perangai mereka
Iyalah, di rumahlah tempat mereka berehat dan berhibur sebab semasa bekerja mereka dah serius berpanjangan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila ibu dan ayah gadis ini berhibur dengan cara masing-masing telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mak tengah mengaji, ayah pula berkaraoke di ruang tamu
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang merakam gelagat ibu dan ayahnya di rumah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ibu dan ayahnya melakukan aktiviti yang berbeza. Ibunya dilihat sedang khusyuk mengaji manakala ayahnya sedang menyanyi di depan televisyen.
"Pov hidup antara yang hak dan batil", katanya.
Image via @jooleeyaty (TikTok)
Image via @jooleeyaty (TikTok)
"Hahahaha, I know that feeling tersepit di antara dunia dan akhirat" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 228K tontonan, 28K tanda suka dan 544 komen di TikTok, rata-rata netizen turut boleh relate dengan situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @jooleeyaty (TikTok)
Image via @jooleeyaty (TikTok)
Image via @jooleeyaty (TikTok)
Pening anak dia nak join yang mana satu! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment