Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "Masuk Air" - Tular Budak Lelaki Ini Buat Muka Lepas Kena Marah Dengan Ibu. Lawak!

Kenapa comel sangat ni?

Cover image via @elliza.razak (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je yang tak cair bila tengok anak sendiri menunjukkan telatah comel dan tidak dijangka bukan?

Kadangkala mereka juga boleh menduga kesabaran dengan membuat perangai bukan-bukan, namun itulah proses normal bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila gelagat seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai semasa dia dimarahi ibunya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kena marah sebab tumpahkan air atas katil, tapi selamba 'buat muka'

Menerusi video berdurasi 41 saat yang dikongsi oleh Elliza Razak iaitu bekas peserta program realiti Akademi Fantasia pada satu ketika dulu, kelihatan dia sedang memarahi anaknya gara-gara si kecil itu tertumpahkan air di atas katil.

Tetapi apa yang menimbulkan dekah ramai adalah apabila anaknya yang bernama Emmir itu spontan membuat reaksi muka menyampah dengan menaikkan kedua-dua matanya ke atas.

Gelagat si cilik itu automatik membuatkan ibunya gelak sakan dan tidak jadi nak marah kerana dia nampak sangat comel ketika sedang dibebel ibu dan ayahnya.

Image via @elliza.razak (TikTok)

Image via @elliza.razak (TikTok)

"Amboi mata tu, comelnya! Mesti ikut perangai mommy dia ni" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 524.3K views, 42.8K likes serta 1.3K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat comel si cilik itu yang mencuit hati.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @elliza.razak (TikTok)

Image via @elliza.razak (TikTok)

Image via @elliza.razak (TikTok)

Image via @elliza.razak (TikTok)

Image via @elliza.razak (TikTok)

Image via @elliza.razak (TikTok)

Image via @elliza.razak (TikTok)

Image via @elliza.razak (TikTok)

Alahai cair tengok muka comel dia tu, terus mommy tak jadi marah :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment