Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Menari Pelbagai Jenis Tarian Melayu, Ramai Teruja Tengok Lenggok Mat Salleh Ini

Lembutnya badan masing-masing!

Cover image via @edpeople (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis etnik daripada masyarakat Melayu, India dan Cina

Bila sebut tentang tarian pula, pelbagai jenis tarian yang terdapat dalam masyarakat Melayu. Kita sudah biasa melihat orang Melayu menari macam-macam jenis tarian sejak dulu lagi.

Tetapi, pernahkah anda melihat orang luar negara menari tarian Melayu dengan sangat kreatif dan bersemangat?

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang Mat Salleh menarikan pelbagai jenis tarian telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Semangat menari joget, zapin dan inang dengan kawan-kawan

Menerusi perkongsian video daripada @edpeople, kelihatan Mat Salleh itu lengkap berpakaian baju Melayu dan menarikan tiga jenis tarian Melayu bersama kumpulannya.

Mereka dilihat sakan menari zapin, joget dan inang di dalam dewan tarian itu. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah Mat Salleh itu tidak kekok, malah lenggok tariannya sangat lembut.

Tarian itu dipercayai merupakan hasil tunjuk ajar oleh seorang koreografer Malaysia yang dikenali sebagai Kerol Mokhtar.

Image via @edpeople (TikTok)

"OMG finally in Malaysia. So happy to see you learn the dances. You're a fast learner!" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 2.6M tontonan, 235K tanda suka serta 3.2K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut memuji dan kagum dengan bakat tarian Mat Salleh itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @edpeople (TikTok)

Image via @edpeople (TikTok)

Image via @edpeople (TikTok)

Seronok tengok dia enjoy bila menari tu. Berbakat betul! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment