Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Mengidam Nak Naik Jentera Bomba, Hasrat Wanita Sarat Hamil Akhirnya Tercapai

Alhamdulillah, nasib baik dapat naik.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lumrah bagi setiap wanita yang hamil akan melalui fasa mengidam

Walaupun permintaan mereka kadangkala kedengaran pelik dan tidak masuk akal, namun ia sebenarnya bukanlah sengaja dibuat-buat. Tetapi, memang fasa mengidam seperti itu.

Seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita mengidam nak naik jentera bomba telah menjadi perhatian ramai di laman Facebook.

Image via Balai Bomba Taman Tas (Facebook)

Image via Balai Bomba Taman Tas (Facebook)

Menerusi video yang dikongsi di laman Facebook Balai Bomba Taman Tas, suami kepada wanita berkenaan memberi kejutan buat isterinya yang sedang hamil 35 minggu itu.

"Dia mengandung anak pertama kami kira-kira tujuh bulan ketika kami berdua menonton perarakan. Sebaik pulang ke rumah, dia mula membelek gambar-gambar jentera bomba dan banyak membaca tentang bomba, kira-kira seminggu kemudian, isteri saya kata dia nak duduk dalam jentera bomba.

"Saya anggap dia bergurau dan buang tebiat, saya tak pedulikan sehingga dia mula merajuk dan sering menangis apabila bercakap mengenainya, ketika itu saya tahu dia serius.

"Memandangkan saya tidak pasti siapa yang perlu dihubungi (di bomba), saya meminta tolong rakan untuk membuat persiapan yang diperlukan di balai bomba Taman Tas. Saya merancang lawatan ke balai itu sebagai kejutan untuk dia," katanya.

Lihat video penuh di bawah:

Nasib baik suami dia layankan juga permintaan si isteri, kalau tidak boleh buat gaduh tau :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment