Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Mrs Malaysia World 2022 Catat Rekod Baru Dengan Busana 'Syiling 5 Sen' Kebangsaan

Tahniah banggakan nama Malaysia!

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mrs Malaysia World 2022, Olivia Nicholas akan mewakili negara dalam pertandingan Mrs World peagant tidak lama lagi

Model yang juga merupakan peguam berusia 30 tahun itu baru-baru ini mendedahkan pakaian kebangsaannya yang dihiasi dengan syiling lima sen sebanyak 10,000 keping.

Pakaian itu dikenali sebagai Puteri Destar Siga. Busana tersebut diilhamkan oleh masyarakat Iban yang berasal dari Sarawak.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Busana yang unik menarik perhatian seluruh dunia

Olivia sangat bangga kerana diberi peluang untuk mengenakan pakaian yang mencerminkan negara Malaysia.

"Busana ini unik kerana ia mencerminkan aspek tradisi budaya Iban dalam penggunaan aksesori untuk menghiasi pakaian. Ia juga direka dengan 10,000 syiling lima sen, yang merupakan rekaan moden yang kreatif berdasarkan rasa fesyen lama.”, tulisnya.

Pakaian unik itu telah mencatatkan rekod dalam 'Malaysia Book of Records' di bahagian kostum yang dihiasi syiling lima sen terbanyak. Pereka fesyen busana tersebut merupakan Sarah Anak Lagong daripada Sarawak. 

Lihat gambar di bawah:

Model kelahiran Ipoh itu akan memakai pakaian tersebut ketika dia bersaing dengan wakil dari lebih 60 negara untuk merebut mahkota Mrs World 2022 di Las Vegas dari 10 hingga 17 Disember. Goodluck!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment