seismik

[VIDEO] Nak Belanja Kopi & Gula, Wanita Indonesia Jalan Kaki Ke Malaysia Ini Curi Tumpuan

"Real jalan-jalan di luar negeri" - Netizen.

Cover image via @wolle.y28 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Kalimantan merupakan salah satu kepulauan negara Indonesia yang jaraknya dekat dengan Sabah dan Sarawak

Oleh sebab itu, ada saja orang Kalimantan yang akan pergi ke Sabah atau Sarawak terutamanya di kawasan sempadan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan dua orang wanita ditahan tentera di sempadan Kalimantan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Jalan kaki ke sempadan Malaysia sebab lagi dekat nak beli barang runcit

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang wanita sedang berjalan pulang ke rumah mereka sambil membawa bakul.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila mereka ditahan oleh tentera Indonesia yang menjaga keselamatan di kawasan sempadan. Apabila ditanya ke mana mereka pergi, dua wanita itu menjawab pergi ke Malaysia untuk membeli kopi dan gula.

Perkara itu berlaku disebabkan jarak rumahnya ke Malaysia lebih dekat berbanding membeli barangan runcit ke negara sendiri.

"Kadang-kadang kena faham keadaan mereka. Tiada akses dan kenderaan, mereka kena pergi ke tempat yang mudah pergi" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 176K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apa, kita kan serumpun. Semoga urusan mak cik dipermudahkan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: