seismik

[VIDEO] "Lapar Sangat Ni" - Bayi Comel Mimpi Tengah Minum Susu Ini Cuit Hati Netizen

Geramnya!

Cover image via @warmbaby5200 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Bagi ibu bapa yang baru saja menimang cahaya mata, sudah tentu rasa sangat excited

Iyalah, ini merupakan anak pertama dan sebagai ibu bapa yang tidak mempunyai pengalaman menjaga anak, sudah tentu ia perkara yang mencabar. 

Baru-baru ini, tular sebuah video lucu di TikTok yang memaparkan seorang bayi mimpi sedang minum susu telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@warmbaby5200

The second day to start weaning mybaby,he wants to drink breast milk in his sleep#babiesoftiktok #baby #weaning

original sound - Babysunshine889

Tengah mimpi pun masih mencari susu

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu sedang merakam bayinya yang sedang lena tidur di atas katil. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila bayi itu dilihat sedang bermimpi sambil tidur nyenyak. Lebih melucukan lagi adalah apabila dia kelihatan mencari susu untuk minum sambil mulutnya ternganga. 

"Eyy geram, comelnya dia minta susu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 7M tontonan, 815K tanda suka dan 12K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat bayi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Cepat bagi dia susu, comel sangat ni geram tengok! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik