seismik

"Anugerah Ayah Terbaik" - Netizen Terhibur Cara Suami Layan Anak Main Jual-Jual Ikan Ini

Betul-betul in character ya.

Cover image via @ATMology (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memiliki anak kecil sudah pasti akan menceriakan suasana di rumah

Anak kecil sememangnya pernghibur hati ibu ayah, namun ada kalanya mereka akan merengek meminta attention dan mengajak ibu ayah bermain bersama. 

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini di Twitter apabila seorang ayah sakan melayan permintaan anaknya bermain sebagai penjual ikan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Ayah in character berlakon sebagai penjual ikan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang anak kecil sedang bermain permainan dengan ayahnya di ruang tamu. Gelagat mereka itu telah dirakam oleh si isteri.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si ayah dilihat tekun dan bersungguh bermain dengan anaknya. Dia menurut saja arahan anaknya apabila dia ingin membeli ikan.

Lebih melucukan lagi adalah apabila si ayah siap menyiang dan membuang isi-isi ikan sambil gelagatnya dilihat oleh si anak.

"If my husband tak macam ni, I hantar dia balik rumah his mom" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 344K views, 15K retweets, 1K quote tweets dan 24K likes di Twitter, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Lawak sangat ayah kau ni dik, memang power eh bab hiburkan hati anak! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: