[VIDEO] Nak Ikut Buat Trend Satu Keluarga, Tiba-Tiba ‘Pak Ustaz’ Datang Join
Boleh pula dia goyang-goyang depan kamera.
Jika ada trend di TikTok yang sedang tular, pasti kita pun akan terasa untuk melakukan trend tersebut bukan?
Kebanyakan trend ini dilakukan bersama keluarga ataupun rakan sekadar suka-suka di samping dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan sebuah keluarga kecil melakukan trend yang menggunakan lagu Biarkanlah nyanyian Drama Band.
Menerusi video tersebut, kelihatan keluarga itu berlari dan duduk menjauhi kamera rakaman untuk melakukan trend tersebut.
Tanpa diduga, seorang budak dengan kopiah di kepala lalu dan berhenti di hadapan kamera telefon berkenaan sambil memerhatikan kamera telefon itu tanpa segan silu.
Image via @anisafinajihah (TikTok)
"Alahai comel betul ustaznya" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 1M views, 92.3K likes dan 548 shares.
Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen terhadap video berkenaan di bahagian komen.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:
Image via @anisafinajihah (TikTok)
Image via @anisafinajihah (TikTok)
Image via @anisafinajihah (TikTok)
Lihat video tersebut di bawah:
Boleh pula dia lalu dekat situ :'D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment