[VIDEO] Nervous Sangat Lepas Nikah, Lelaki Sampai Tersalam Tangan Isteri Ini Undang Ketawa
Aduhai, bang!
Memasuki alam perkahwinan adalah satu fasa di mana hanya anda dan pasangan anda saja
Pada fasa ini, segala tanggungjawab perlu dijalankan sebaik saja anda dan pasangan bergelar suami isteri.
Sudah tentu, bagi lelaki, akad nikah adalah perkara yang paling mendebarkan. Ada yang sampai perlu dua kali lafaz kerana terlalu nervous.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila gelagat pengantin lelaki tersalam tangan si isteri telah mengundang tawa ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tersalam tangan isteri pula lepas akad nikah
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan itu baru saja bernikah di sebuah masjid yang tidak diketahui lokasinya.
Namun, pengantin lelaki diminta untuk pergi ke pengantin perempuan bagi sesi bersalaman. Apa yang lebih menarik tumpuan adalah, lelaki itu pula yang dilihat menarik dan lalu mencium tangan isterinya.
Situasi itu membuatkan dia cepat tersedar dan si isteri terus ketawa melihat perangai suaminya itu.
Image via @dhiafarra (TikTok)
"Ai bang awal-awal dah takut bini macam mana ni, hahaha" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat lelaki itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 954.2K views, 106.6K likes dan 1,038 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @dhiafarra (TikTok)
Image via @dhiafarra (TikTok)
Image via @dhiafarra (TikTok)
Image via @dhiafarra (TikTok)
Nervous betul tu ya bang, sampai tangan bini pula tersalam :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment