seismik

[VIDEO] Guna Lagu Star Wars Masa Berarak, Majlis Perkahwinan Pengantin Ini Curi Perhatian

Style lah majlis dia.

Cover image via @ejsafari (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai yang kita lihat baru-baru ini telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka

Ia adalah satu petanda yang baik dengan membina rumah tangga bersama. Pasti bakal pengantin telah membuat persiapan awal untuk majlis mereka. 

Tambahan lagi untuk baju, tema majlis dan sebagainya. Semuanya mahu nampak sempurna dan cantik di mata mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila pasangan pengantin menggunakan beberapa elemen daripada filem Star Wars dalam majlis mereka telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ejsafari Kami tidak mainstream. Persandingan Ej & Ijad 19.03.22 #starwars #fyp #wedding #bohemianstyle original sound - EJ SAFARI

Layan suami punya minat filem Star Wars siap pasang lagu tema

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan pengantin sedang berarak untuk menuju ke pelamin mereka.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah lagu perarakan mereka itu menggunakan lagu Star Wars membuatkan ia lain daripada yang lain.

Malah, mereka juga menggunakan tidak menggunakan kek untuk memotong kek, sebaliknya menggunakan lightsaber yang sama digunakan seperti filem berkenaan.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@ejsafari No pisau, just Lightsaber. Layankan suami punya minat. Background music masa potong kek pon from Starwars playlist. #fyp #starwars #bohemianwedding #lightsaber #ejforijad original sound - EJ SAFARI

"Bolehlah lepas ni aku nak pakai lagu Batman" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan memuji kreativiti pasangan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 109.5K views, 10.6K likes dan 384 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Memang lain daripada yang lain ya. Siap ada potong pakai lightsaber tu! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik