"Risau Pula Tengok" - Kena Merompak Untuk Masuk, Netizen Pelik Tengok Adat Kahwin Ini
Setiap negeri ada adat masing-masing.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai adat dan budaya sejak turun-temurun lagi
Terutamanya bagi majlis perkahwinan, pelbagai adat yang kita boleh lihat diamalkan pada masa tersebut.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang wanita memaparkan satu adat perkahwinan 'pelik' telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pihak lelaki perlu 'merompak' untuk masuk rumah pengantin perempuan
Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya sebuah majlis perkahwinan di sebuah rumah.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah adat perkahwinan yang dikenali dengan upacara 'merompak' masuk ke dalam rumah pengantin perempuan dari pihak lelaki.
Dapat dilihat aksi menolak berkenaan terjadi antara pihak keluarga lelaki dan perempuan untuk membolehkan pengantin lelaki masuk ke dalam rumah. Difahamkan, ianya adalah adat orang Asli Temuan di Jelebu, Negeri Sembilan.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Bukan main susah oo nak merompak" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka mengenai adat tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 361.3K views, 27.4K likes dan 1,022 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!