Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Dianggap Idola, Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Pujuk Anak-Anak Tidak Rebut Mainan

Selain kagum dengan cara Hanis Zalikha mengawal keadaan, ramai turut memuji telatah Yusuf dan Alisa yang mendengar kata walaupun keduanya masih kecil.

Cover image via Instagram @haniszalikha

Biasalah kalau dah nama adik-beradik, pasti akan bergaduh di antara satu sama lain

Lebih-lebih lagi pada usia muda, meskipun rapat, namun mesti akan ada masa di mana adik-beradik ini akan mula bergaduh disebabkan berebut barang seperti permainan.

Image via Sirap Limau

Bila sudah berebut itu, mulalah riuh satu rumah sampai terjerit-jerit adik-beradik ini. Akhir sekali, sudah tentu akan ada yang menangis dan bermasam muka.

Baru-baru ini, satu video telah dimuat naik selebriti tempatan, Hanis Zalikha, yang memaparkan gelagat kedua-dua anaknya sedang berebut mainan telah berjaya menarik perhatian para ibu di luar sana

Hanis Zalikha yang juga merupakan seorang usahawan terkenal dan isteri kepada pelakon, Hairul Azreen, sememangnya sering berkongsikan perkembangannya bersama anak-anaknya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah dalam laman Instagram miliknya.

Image via Instagram @haniszalikha

Menerusi laman sosial itu juga, Hanis Zalikha yang pada mulanya hanya ingin merakam video kedua-dua anaknya itu sedang makan namun terakam pula gelagat perebutan barang mainan di antara mereka.

Nak record adik beradik makan pasta, terrecord perebutan, ujar Hanis Zalikha menerusi posting itu.

Dalam video tersebut, kelihatan Hanis Zalikha berjaya mengawal situasi anak-anaknya dari bergaduh berebutkan permainan berkenaan.

Meskipun berlaku sedikit pergelutan, namun situasi tersebut berjaya dileraikan oleh Hanis Zalikha dengan menggunakan cara yang lembut dan akhirnya Yusuf serta Alisa tidak menangis bahkan boleh berbaik semula.

Ternyata cara Hanis Zalikha mengawal keadaan membuatkan peminat dan pengikutnya kagum malah dia juga telah menjadi inspirasi buat para ibu yang mempunyai anak-anak kecil

Selain memuji cara Hanis Zalikha itu, mereka turut kagum dengan telatah Yusuf dan Alisa yang mendengar kata walaupun keduanya masih kecil.

Antara komen menarik daripada warganet:

Image via Instagram @haniszalikha

Image via Instagram @haniszalikha

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kesian yang sulung selalu kena mengalah dengan yang bongsu

Lagi tips parenting yang menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment