Risau Anak Pilih 'Jajan' Dari Makanan Berkhasiat? Jom Ikuti 7 Tips Mudah Dari Doktor Ini!
Dengan mengikuti tips ini, ia mungkin boleh membantu mengatasi masalah anak yang terlalu suka dengan makanan ringan untuk beralih kepada makanan berkhasiat.
Sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kecil, kita pasti mahukan yang terbaik untuk mereka
Demi memastikan anak-anak membesar dengan baik, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Salah satu daripadanya sudah tentu perihal pemakanan anak-anak.
Ada anak-anak yang mengalami masalah kekurangan selera makan, ada juga yang terlebih makan. Buat yang suka makan itu pula, kadang-kala makanan yang diambilnya tidak berzat dan berkhasiat lalu menyebabkan pertumbuhan anak-anak jadi terbantut.
Baru-baru ini, melalui laman Facebook, seorang doktor perubatan telah membuat satu perkongsian yang mampu menyelesaikan masalah tersebut
Dalam posting berkenaan, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan mengakui ramai ibu bapa yang datang kepadanya mengadu tentang masalah kekurangan selera makan yang ada pada anak-anak kecil mereka.
Perkara ini bagaimanapun dapat diatasi dengan memberi vitamin tertentu, akan tetapi peningkatan selera makan itu bukanlah khusus pada makanan yang berkhasiat. Ini kerana ramai kanak-kanak yang lebih cenderung untuk mengambil makanan ringan seperti biskut atau 'jajan'.
Ibu bapa mana yang tidak risau sekiranya anak-anak mereka makan terlalu banyak jajan sehingga boleh menyebabkan ketagihan.
Sudahlah makanan tersebut tidak berkhasiat, tetapi ia juga berpotensi untuk menyebabkan anak-anak mendapat masalah kesihatan yang lebih teruk seperti obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Meskipun begitu, usah khuatir kerana menurut Dr. Kamarul, terdapat 7 tips yang boleh digunakan oleh para ibu bapa demi memastikan anak-anak mengambil makanan yang berkhasiat.
Dengan mengamalkan tips berikut, kemungkinan ia boleh membantu mengatasi masalah anak yang terlalu suka dengan makanan ringan untuk beralih kepada makanan berkhasiat.
Proses latihan ini pasti akan mengambil masa yang agak lama. Oleh yang demikian, ibu bapa perlulah sabar dan sentiasa berikhtiar. Namun begitu sekiranya ia tidak berkesan juga, ibu bapa dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua terutamanya ibu bapa kepada anak-anak kecil.
Ibu bapa yang tidak makan sayur itu, demi anak-anak, bolehlah start makan sayur sekarang!