[VIDEO] Orang Lain Sibuk Buat Aktiviti, Cikgu Pening Lihat Murid 'Seru' Minta Hujan Turun
Menjadi pula tu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasti masih ramai yang ingat zaman ketika berada di sekolah rendah bukan?
Banyak perkara yang telah dipelajari dan sudah tentu ramai di sini yang sukakan mata pelajaran pendidikan jasmani betul tak?
Hal ini kerana, kebiasaannya mata pelajaran ini memerlukan kita untuk melakukan aktiviti di padang dan dan melakukan aktiviti sukan.
Namun, lain pula yang terjadi dengan video di TikTok ini apabila seorang guru 'pening' melihat perangai anak muridnya setiap kali melakukan aktiviti di padang.
Image via @srrkhaa (TikTok)
Buat 'ritual' panggil hujan sebab tak nak PJ punya pasal
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang guru berkongsi perangai pelik salah seorang anak muridnya ketika waktu pendidikan jasmani.
Dapat dilihat semua murid sedang sibuk melakukan aktiviti tetapi dia pula sibuk 'menyeru' untuk memanggil hujan turun.
Malah, apabila ditanya oleh si guru dia menjawab pelbagai sebab mengenainya dan dengan bangga memberitahu dia telah memanggil hujan datang kerana kononnya tempat itu berbahaya.
Lebih menarik perhatian adalah, hujan lebat akhirnya turun selepas di 'seru' oleh murid berkenaan.
"Weh hujan betul turunlah, adik ni memang tak kosong" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2M views, 163.9K likes dan 2,433 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @srrkhaa (TikTok)
Image via @srrkhaa (TikTok)
Image via @srrkhaa (TikTok)
Image via @srrkhaa (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Terus hujan ya lepas tu, memang menjadi seruan awak dik :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment