[VIDEO] Padah Tak Check Dahulu Duit Recycle, Wanita Ini Luah Rasa Kesal Dapat Duit Koyak
Kesian, penat beratur.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tukar duit raya di bank merupakan rutin wajib apabila hari raya menjelang tiba
Hal ini menyebabkan ramai orang beratur panjang dan mengambil masa dua hingga tiga jam semata-mata untuk menukar duit raya. Namun, apabila ramai sangat orang nak tukar duit raya, duit baru akan cepat habis.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang wanita meluahkan rasa kesalnya mendapat duit koyak selepas menukar duit raya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kecewa dapat duit koyak dan ada kesan solletape
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nadiabasharr_, kelihatan seorang wanita menunjukkan duit raya yang baru sahaja ditukarkan di sebuah bank yang tidak dikenal pasti.
Difahamkan, dia sudah diberitahu bahawa dia akan menerima duit recycle. Namun disebabkan kecuaiannya, dia baru perasan sesudah masuk kereta yang kebanyakan duit yang ditukarnya itu koyak dan mempunyai kesan solletape.
Wanita tersebut jelas berasa kecewa dengan situasi tersebut kerana dia sudah penat beratur selama tiga jam.
Image via @nadiabasharr_ (TikTok)
Image via @nadiabasharr_ (TikTok)
"Lain kali tukar dekat bank yang tak ramai orang pergi. Duit baru lagi dan tak ada orang" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi wanita tersebut. Malah, ada juga yang menegur kecuaian wanita tersebut tidak check dahulu sebelum menerima duit recycle.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 609.9K views, 17.1K likes dan 464 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nadiabasharr_ (TikTok)
Image via @nadiabasharr_ (TikTok)
Image via @nadiabasharr_ (TikTok)
Image via @nadiabasharr_ (TikTok)
Image via @nadiabasharr_ (TikTok)
Image via @nadiabasharr_ (TikTok)
Image via @nadiabasharr_ (TikTok)
Image via @nadiabasharr_ (TikTok)
Image via @nadiabasharr_ (TikTok)
Image via @nadiabasharr_ (TikTok)
Image via @nadiabasharr_ (TikTok)
Kesiannya, dah penat beratur tu. Tak apa, ni mungkin pengajaran buat akak dan orang lain supaya check dulu sebelum terima duit recycle :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment