[VIDEO] Pasangan Pengantin Ganti Kek Kahwin Dengan Burger Sekilo - "Ni Confirm Habis"
Rare ni kek kahwin dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi pasangan pengantin, persediaan majlis perkahwinan pasti menjadi perkara yang penting
Majlis perkahwinan inilah yang akan menjadi memori terindah di samping dapat bertemu dengan tetamu yang hadir.
Antaranya adalah kek perkahwinan yang sering menjadi tumpuan pada majlis perkahwinan kerana ia akan menjadi salah satu momen acara potong kek.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok selepas pasangan pengantin ini memilih makanan lain berbanding kek di majlis perkahwinan mereka.
Image via @j6_juniors (TikTok)
Pilih burger 'besar' untuk diganti dengan kek
Menerusi video di akaun TikTok @j6_juniors, kelihatan pengusaha kedai burger terbabit berkongsi momen ketika mereka menerima tempahan dari pasangan pengantin.
Difahamkan, pasangan pengantin tersebut telah menempah dua burger besar yang beratnya adalah sekilo setengah untuk digantikan dengan kek perkahwinan.
Dapat dilihat di dalam video itu, dua biji burger berkenaan diletakkan secara bertingkat untuk acara pemotongan nanti.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment