[VIDEO] Pasangan Suami Isteri Hadiahkan Ibu Bapa Trip Ke Umrah Ini Bikin Warganet Sebak
Hadiah yang paling bermakna.
Sebagai anak, kita perlu sentiasa membahagiakan kedua orang tua yang telah membesarkan kita
Tidak kiralah dengan cara apa sekalipun, ibu bapa hanya mahukan anak-anak menghargai pengorbanan yang telah mereka lakukan.
Tak perlu hadiah mahal-mahal, kadangkala bawa makan di luar pun sudah cukup untuk mengukir senyuman di wajah mereka.
Baru-baru ini, tular pula sebuah rakaman memaparkan sepasang suami isteri menghadiahkan ibu bapa mereka trip ke umrah telah menyentuh hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ibu ayah terkejut dapat hadiah paling bermakna, dua-dua terus menangis dan sujud syukur
Menerusi perkongsian video daripada @ikahjamil, kelihatan mereka sekeluarga sedang bersalaman di pagi raya dengan memakai baju warna biru sedondon.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila pasangan suami isteri itu tiba-tiba menghadiahkan sesuatu buat si ibu dan ayah.
Rupa-rupanya, mereka memberitahu mereka akan menghantar ibu dan ayah mereka untuk mengerjakan umrah tidak lama lagi.
Perkara tersebut membuatkan si ibu dan ayah menangis dan menadah tangan tanda mengucapkan syukur kerana diberi rezeki yang bermakna ini. Malah, ibu wanita itu turut membuat sujud syukur.
Image via @ikahjami (TikTok)
"It's everyone's dream to bring our parents to umrah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan" - Netizen
Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 662.4K views, 60K likes dan 3K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat reaksi ibu bapa mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ikahjamil (TikTok)
Image via @ikahjamil (TikTok)
Semoga dipermudah segala urusan pak cik dan mak cik untuk menunaikan umrah nanti :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment