[VIDEO] "Patutlah Juara" - Rider Thailand Sempat Klik Popcat Sementara Tunggu Lampu Merah
Gigih sangat ni bang!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Baru-baru ini tular laman web Popcat.click yang menjadi salah satu hiburan bagi wargamaya
Popcat.click ini membolehkan semua bertanding mewakili negara masing-masing. Caranya begitu mudah, tinggal klik pada kucing sehingga mulut kucing terbuka dengan berkali-kali. Semakin banyak anda tekan, semakin banyak point yang akan disumbangkan kepada negara.
Namun begitu, tular baru-baru ini sebuah video rider Thailand sempat klik di laman Popcat sementara menunggu giliran di lampu merah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Patutlah Thailand juara, rider sempat klik masa tunggu traffic light
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menunjukkan situasi dan suasana jalan raya yang sibuk di Thailand.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia ternampak seorang rider sempat klik paparan telefonnya berkali-kali semata-mata untuk menyumbang jumlah mata kepada negaranya itu.
Sehingga kini, ranking kedudukan negara dalam laman web Popcat dijuarai oleh Thailand, kemudian Taiwan dan tempat ketiga jatuh kepada Malaysia.
Lihat jadual itu di bawah:
Image via Popcat.click
Difahamkan para developer laman web ini terinspirasi dengan salah sebuah video kucing yang viral
Berikut merupakan video kucing yang dijadikan meme oleh developer laman web Popcat.click yang kini menjadi fenomena di seluruh negara.
"Patutlah nombor satu, main sambil bawa motor" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan kagum. Selain mengucapkan tahniah, ramai juga yang bertindak untuk menyakat negara jiran itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 473K tontonan, 51K ciapan dan 18K tanda suka di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Laju je tengok tangan dia. Jom korang kita lawan balik, klik sini :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment