Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "Pecah Rekod" - Lelaki Habiskan RM400 Untuk Pekena Nasi Kandar

Wow dia seorang je makan.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemuda dari Pulau Pinang mencipta rekod baharu pelanggan di Restoran Nasi Kandar Sulaiman (NKS) apabila menikmati hidangan signatur itu pada harga RM400

Menerusi perkongsian Facebook Nasi Kandar Sulaiman, difahamkan pelanggan lelaki yang berasal dari Bayan Baru itu datang ke premis berkenaan kira-kira pukul 9 pagi hari ini.

Lelaki berkenaan telah memilih hidangan nasi untuk tiga orang berharga RM4.50, 10 ekor sotong (RM80), 29 ekor udang (RM232), empat ekor ikan (RM22), telur masin (RM1), telur rebus (RM1), bendi (RM1) dan dua ketul kepala ikan (RM48).

Pecah rekod jadi orang pertama makan sehingga cecah RM400

Difahamkan, dia telah menghabiskan kesemua hidangan yang dibelanja rakannya selama tempoh sejam sahaja.

"RM400, pecah rekod. Fuhh seorang makan Orang Penang kita. Member beliau belanja RM400 suruh buat rekod.

“Jadi rekod paling tinggi. Orang pertama sentuh RM400. Tengok badan boleh tau beliau mampu makan banyak.

“Kita tak panggil beliau, beliau sendiri yang mai makan. Siap buat live TikTok,"
tulis dalam satu kenyataan di Facebook.

Sebelum ini, seorang pemuda dari Yan Kedah telah mencipta rekod menikmati nasi kandar termahal di restoran sama pada harga RM372 dalam tempoh sejam 15 minit, 31 Ogos lalu.

Lihat video di bawah:

Padu bang! Kita tengok pun dah kenyang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment