[VIDEO] Pelik Beli Face Shield Kabur, Rupa-Rupanya Gadis Ini Lupa Buka Sticker. Lawak!
Buat perangai betul.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dapat dinafikan, ramai yang memilih untuk memakai face shield berbanding double mask ketika berada di tempat awam
Hal ini kerana ada sesetengah orang tidak mampu bertahan memakai double mask dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Jadi, mereka lebih suka memakai face shield sebagai langkah berjaga-jaga.
Tetapi, berbeza pula dengan kejadian lucu yang dikongsikan oleh seorang gadis ini di laman TikTok apabila face shield yang dibelinya tidak seperti apa yang dia sangka.
Lihat video penuh itu di bawah:
Naik hairan dapat face shield kabur, rupa-rupanya tak tahu kena buka sticker
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nnarssss dengan kapsyen "mask apa ni ke aku yang bebal", kelihatan dia sedang memakai face shield yang baru saja dibelinya.
Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila gadis itu mula pelik sebaik saja dia memakai face shield tersebut di mukanya dan tidak nampak dengan jelas.
Rupa-rupanya, dia tidak tahu yang face shield itu mempunyai sticker yang perlu ditarik terlebih dulu sebelum dipakai.
Lihat video penuh sambungan di bawah:
"Bukaklah sticker tu dulu, Corona pun takut kalau gini" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 907.4K views, 51.9K likes dan 725 shares di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis tersebut yang memang tidak tahu cara memakai face shield itu dengan betul.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nnarssss (TikTok)
Image via @nnarssss (TikTok)
Image via @nnarssss (TikTok)
Image via @nnarssss (TikTok)
Image via @nnarssss (TikTok)
Image via @nnarssss (TikTok)
Image via @nnarssss (TikTok)
Image via @nnarssss (TikTok)
Ada yang pernah jadi macam sis ni juga ke masa first time pakai face shield? :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment