seismik

[VIDEO] Tengah Rakam TikTok, Sekali Tiba-Tiba Ada 'Kelibat' Di Belakang Gadis Ini. Scary!

Biji mata 'dia' macam dah nak terkeluar.

Cover image via @tengkusyarrrr (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ada di antara anda yang pernah melalui detik seram atau mempunyai pengalaman ternampak kelibat hantu bukan?

Bagi mereka yang hijabnya tertutup haruslah bersyukur kerana dielakkan daripada ternampak makhluk halus.

Namun, bagi mereka yang mudah ternampak kelibat atau hantu di depan mata pula pastinya sudah serik melihat makhluk itu.

Sama seperti apa yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila videonya ternampak kelibat tular semasa sedang bermain TikTok mengundang perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@tengkusyarrrr

Yaallah.. Jantung aku nak terkeluar astarfirullahlazimmm

Lanjut - Batrisyah97

Tengah syok rakam video, sekali ada kelibat orang tua sambil mata terjegil di belakang pintu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tengkusyarrrr, kelihatan dia sedang bermain TikTok lagu dangdut di telefonnya.

Namun tidak sampai seminit, dia tersedar ada kelibat sesuatu di belakang salah satu pintu bilik rumahnya.

Gadis itu sempat menoleh ke belakang dan memandang ke arah makhluk halus itu sebelum kelam kabut berlari ke bahagian depan rumahnya dengan muka cuak.

"Ya Allah, jantung aku nak terkeluar. Astaghfirullahalazim," katanya melalui kapsyen video tersebut.

"Sekali dengan aku terkejut bila nampak mata bulat dia, beraninya tolak pintu gitu je" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.4M views, 144.9K likes dan 2.2K shares di TikTok.

Manakala, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut merasa takut selepas melihat mata makhluk halus itu yang menyeramkan dan seperti mahu terkeluar.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Ish, seram sejuk dibuatnya! Korang rasa itu hantu betul ke dia main-main je? :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: