seismik

"Mula-Mula Ingat Panau Biasa" - Lelaki Ini Dedah Kisah Di Sebalik Terkena Masalah Vitiligo

Ada yang mengalami masalah sama?

Cover image via @wanhakimwh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap daripada kita pasti mempunyai sesuatu kelemahan dan kadangkala boleh menyebabkan kurang keyakinan diri

Tambahan pula jika ia melibatkan masalah fizikal seperti muka dan badan. Bukan semua orang mampu melawan kekurangan diri dan berani berhadapan dengan stigma masyarakat.

Tetapi, berbeza pula dengan seorang lelaki ini yang mencuri tumpuan ramai di TikTok apabila dia bertindak untuk kongsikan masalah pada wajahnya yang dipanggil sebagai Vitiligo atau dalam Bahasa Melayu kita sebut sopak.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Bermula dari tompok kecil di dagu, kini merebak hampir di seluruh muka

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wanhakimwh, dia dengan beraninya mendedahkan keadaan kulit mukanya yang bersopak.

"Umur saya sekarang 22 tahun, saya kena daripada umur 19 tahun. Mula-mula saya perasan dia ada small white spots di dagu. Kita ingatkan panau sebab I pernah je kena panau masa kecik-kecik"

"Sekali tiba-tiba merebak dekat sini, bukan merebak besar terus tapi dots, sikit-sikit dia attack. Dah start risau, so I pergi dermatologist. Then diorang confirm that I ada Vitiligo," katanya.

Video itu tular sehingga mencecah hampir sejuta tontonan, 60.1K tanda suka dan 868 perkongsian di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut kagum dengan Wan Hakim yang dilihat mesra dan tidak takut untuk menjawab soalan-soalan di TikToknya.

Malah, ramai yang memujinya tetap kelihatan tampan walaupun mempunyai masalah Vitiligo serta suka akan confidence levelnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Respect dengan dia, walaupun ada kekurangan tapi tetap confident bercakap depan camera :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: