Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Pelik Tengok Rumah Customer, Rupanya Suami Ajak Sambut Birthday Dengan Anak Yatim

Sebak pula tengok.

Cover image via @itsjura_ (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tarikh hari kelahiran atau birthday pasti menjadi hari istimewa buat diri kita kerana pada masa inilah kita dilahirkan ke dunia

Semua orang mempunyai cara mereka masing-masing dalam meraikan hari istimewa ini. Ada yang membuatkan majlis makan-makan, ada yang melakukan aktiviti menarik bersama keluarga atau pasangan dan banyak lagi.

Sama seperti video yang tular di Twitter ini apabila seorang wanita terkejut dengan kejutan yang diberikan oleh suaminya menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Niat nak pergi hantar barang dekat rumah customer tapi dapat surprise lain

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang wanita pada mulanya ingin menghantar barang secara bersemuka yang dibeli oleh pelanggan bersama suaminya.

Seperti biasa dia akan merakam sedikit video semasa mahu membuat penghantaran tersebut ke rumah mereka. Namun, sebaik saja sampai di rumah yang kononnya pelanggan tu, dia merasa pelik kerana rumah berkenaan adalah rumah anak yatim.

Rupa-rupanya suami wanita itu mahu membuat kejutan dengan menyambut birthday isterinya bersama dengan anak-anak yatim di situ.

Perkara itu membuatkan si isteri sebak dan meluahkan rasa gembira kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka.

Image via @itsjura_ (Twitter)

Image via @itsjura_ (Twitter)

"Rasa nak pergi sana juga" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak mereka melihat video tersebut. Malah, ramai yang teringin melakukan perkara sama sepertinya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 194.5K views, 6,189 retweets dan 11.4K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Happy tengok anak-anak tu sambut birthday dengan dia. Auto sebak :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment