Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Pemilik Tak Dapat Tahan Sebak, Restoran Terapung Dihanyutkan 5KM Arus Deras

Semoga dipermudahkan segala urusan dia.

Cover image via @farajl_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemilik restoran terapung di Kota Bharu, Kelantan, tidak dapat menahan sebak selepas restoran itu dihanyutkan air

Difahamkan, restoran tersebut hanyut sejauh kira-kira lima kilometer (km) dibawa arus deras di Sungai Kelantan.

Kejadian berlaku pada jam 3.30 petang tadi berhampiran Tambatan Diraja, apabila restoran dan rakit itu tiba-tiba bergerak mengikut arus selepas tali pengikatnya terputus.

Menerusi laporan daripada Harian Metro, sumber dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, ketika kejadian, tiada pelanggan atau individu dalam rumah bot itu.

"Kebetulan pejabat Unit Marin APM Kelantan terletak hanya beberapa meter sahaja dari lokasi kejadian dan anggota kami segera menghidupkan sebuah bot untuk 'mengejar' restoran rumah bot serta rakit terbabit bersama pemiliknya.

"Dengan dibantu penduduk kampung yang turut bersama menggunakan dua bot, restoran terapung itu berjaya diselamatkan di Kuala Besar iaitu kira-kira lima km dari lokasi asal.

"Walaupun arus sungai deras tapi rumah bot itu memasuki alur yang sedikit perlahan alirannya menyebabkan kami berjaya mengejarnya," katanya.

Image via @farajl_ (TikTok)

Hanya mampu lihat restoran dihanyutkan arus deras

Menerusi video dari @farajl_, dia yang merupakan pemilik restoran berkenaan hanya mampu menahan sebak melihat restoran berkenaan dihanyutkan air.

Menurutnya, restoran tersebut menjadi saksi antara kejayaan yang dicapainya selama ini. Dianggarkan nilai restoran terapung tersebut RM1.2 juta.

Katanya, kejadian terbabit berlaku kerana tali pengikat rumah bot itu terputus akibat pokok tumbang malam tadi.

Bagaimanapun, dia meluahkan rasa syukurnya selepas restoran itu berjaya diselamatkan dengan bantuan anggota APM dan penduduk kampung.

Lihat video di bawah:

Alhamdulillah, sekarang musim banjir dan hujan lebat. Hati-hati semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment