Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Pemuda Ini Sanggup Turun Naik Banyak Kali Semata-Mata Review Makanan Dalam Flight

Wah, serious dia gigih!

Cover image via @maellambongasis (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, media sosial merupakan platform utama untuk kita berkongsi kehidupan seharian, setuju atau tidak?

Malah, media sosial jugalah yang menjadi tempat mencari rezeki bagi sesetengah orang. Bukan itu saja, ramai juga yang menjadikan media sosial mereka untuk membuat review makanan dari restoran terkenal dan viral.

Namun, tular pula sebuah video baru-baru ini memaparkan seorang pemuda membuat review makanan dalam kapal terbang telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Challenge diri untuk review makanan flight dalam masa satu hari

Menerusi video yang dimuat naik oleh @maellambongasis, kelihatan pemuda itu menunaikan salah satu request daripada follower di TikToknya untuk membuat review makanan dalam kapal terbang dalam masa satu hari.

Apa yang mencuri tumpuan adalah dia dilihat membeli tiket penerbangan ke Kota Bharu, Kelantan dan Miri untuk beberapa kali.

Malah, dia menaiki penerbangan Air Asia dan juga syarikat penerbangan baru iaitu MYAirline. Secara keseluruhan, pemuda itu menaiki kapal terbang sebanyak enam kali dengan tujuan untuk merasa pelbagai jenis makanan di dalamnya.

Image via @maellambongasis (TikTok)

"Sebab usaha A+. Sanggup naik flight banyak kali so saya decide untuk follow haha" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih sebanyak 794K tontonan, 72.1K tanda suka serta 1.6K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut memuji kegigihan pemuda itu turun naik flight berulang kali dalam masa sehari.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @maellambongasis (TikTok)

Image via @maellambongasis (TikTok)

Image via @maellambongasis (TikTok)

Image via @maellambongasis (TikTok)

Berapalah agaknya kos dia habis dalam masa satu hari tu kan? Apa-apa pun, review terbaik!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment