[VIDEO] Penghadang Berlubang, Budak Kecil Terjatuh Dalam Tasik Ini Buat Ramai Panik
Semoga dapat perhatian pihak berwajib.
Ada keluarga yang suka meluangkan masa berjalan-jalan di taman pada hujung minggu
Namun, ibu bapa perlu peka dengan keselamatan jika membawa anak-anak yang ramai. Hal itu disebabkan, kemungkinan ada kemudahan awam yang rosak.
Sama seperti video yang terjadi baru-baru ini di Facebook apabila seorang budak kecil dilihat tidak sengaja jatuh ke dalam tasik gara-gara penghadang berlubang telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mujur sempat diselamatkan oleh ayahnya
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil tidak sengaja terjatuh ke dalam tasik bawah jambatan.
Perkara itu membuatkan ibu dan ayahnya terkejut. Mujurnya, ayahnya terus melompat terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan anaknya. Difahamkan, budak kecil itu terjatuh kerana penghadang yang disediakan telah rosak sehingga mempunyai lubang besar.
Hal itu sangat membahayakan orang ramai terutamanya ibu bapa yang mempunyai ramai anak kecil. Ramai orang disarankan untuk berhati-hati apabila ke tempat itu.
Tujuan video tersebut dimuat naik juga untuk dijadikan pengajaran kepada semua ibu bapa supaya lebih peka dan berwaspada selepas ini.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Alhamdulillah mujur tak ada yang teruk berlaku. Bang, anda seorang ayah yang hebat. Kita smua pasti akan lakukan peekara yang sama" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 45K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa takut melihat kejadian itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Image via Taman Sri Gombak (Facebook)
Image via Taman Sri Gombak (Facebook)
Image via Taman Sri Gombak (Facebook)
Semoga dapat perhatian pihak berwajib untuk memperbaiki kemudahan dan fasiliti yang ada bagi kesejahteraan bersama.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment