seismik

"Pandai Cover" - Isteri Tersagat Kereta, Gelagat Lelaki Tampal Sticker Ini Raih Perhatian

Boleh beli sticker tu kat Shopee guys!

Cover image via @rmustaqeim (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Kereta merupakan salah satu harta paling berharga buat diri kita selain dari rumah

Iyalah, ramai yang mengambil masa untuk mengumpul duit untuk membeli kereta idaman. Sebab itu, kalau terlanggar mesti kita akan rasa sedih dan menyesal. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan gelagat lelaki menampal pelekat pada keretanya yang calar telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Beli sticker semata-mata sebab nak cover kereta calar kena sagat

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sebuah kereta berwarna putih yang mempunyai calar di bahagian depan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah kereta itu disagat oleh si isteri. Disebabkan sayang sangat dekat kereta, si suami membeli pelekat lucu daripada Shopee untuk menutup rupa buruk calar itu.

Pelekat kucing yang seolah-olah ingin lari ditampalkan di sebelah bentuk calar itu. Kekreatifan si suami itu ternyata mencuri tumpuan ramai orang.

"Kene 10 kali dia gesek tu, penuh kereta kena tampal sticker" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 106K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si suami. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik dairpada netizen di TikTok:

Ramai lah lepas ni yang akan beli sticker ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: