Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Persembahan 'Wau Bulan' Kat Roshan & Meer Nash Pukau Mata Penonton Di China

Persembahan yang hebat!

Cover image via Provided to SEISMIK

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tiada apa yang lebih membanggakan buat dua penyanyi berbakat tanah air ini apabila mewakili Malaysia ke program antarabangsa Sound of the South China Sea yang diadakan Sanya, Hainan, China, pada 29 Mac lalu

Apa yang menariknya, program yang dianjurkan oleh Pusat Global Bahasa Mandarin dari Pusat Radio Umum dan Pusat Televisyen China itu turut memberi peluang Meer Nash dan Kat Roshan membuat persembahan yang mana acara itu disiarkan disiarkan melalui saluran CCTV 4.

Kedua penyanyi itu memanfaatkan peluang keemasan dengan mempersembahkan lagu tradisional secara berduet berjudul Wau Bulan.

Persembahan mereka bukan sahaja berjaya memukau hati 2 juta penonton di China secara siaran langsung, malah menambat hati penonton di Malaysia juga.



Image via Provided to SEISMIK

Bangga dapat mengharumkan nama Malaysia

Kat Roshan yang juga artis di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia berkata, persembahan di pentas antarabangsa itu adalah satu pengalaman berharga sekali gus mengukuhkan lagi tapak di industri muzik.

"Sejujurnya, saya berasa amat beruntung dan bersyukur diberi peluang keemasan ini untuk mewakili Malaysia bersama Meer Nash.

"Terima kasih Mr Ong Peng Chu kerana memberi peluang untuk kami beraksi dan menunjuk bakat mereka di pentas antarabangsa. pada masa ini adalah pengalaman terbaik dan berharga buat saya bagi mengkuhkan lagi tempat dalam industri muzik," katanya dalam satu kenyataan media.

Berkenaan pemilihan lagu Wau Bulan, Kat menambah dia perlu mempelajari lagu itu dengan sebaiknya memandangkan ia dinyanyikan dalam loghat Kelantan.

"Pada awalnya untuk saya belajar menyanyi Wau Bulan dalam loghat Kelantan agak sukar, tetapi dengan keazaman dan selepas berkali-kali berlatih, saya tahu saya mampu lakukannya, apatah lagi bila saya tahu saya membawa nama Malaysia, terus saya jadi lebih semangat.

"Saya sangat bangga untuk membawa seni Malaysia ke negara China serta mengharumkan nama Malaysia.

"Semoga peminat dan pencinta muzik tanah air termasuk di China suka dan enjoy dengan persembahan kami.

"Saya berharap supaya diberi peluang yang lebih banyak bukan sahaja di tanah air, tetapi juga dapat melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa," katanya.

Image via Provided to SEISMIK

Sementara itu, Meer Nash berkongsi dia teruja dapat membuat persembahan di pentas yang hebat.  

"Bila saya sampai ke destinasi dan melihat pentas pada pertama kalinya, saya teruja dan terharu kerana lokasi dan 'set up' pentas itu amatlah romantik.

"Walaupun saya sudah selalu membuat persembahan di China, tetapi inilah kali pertama saya dapat menyanyi di atas pentas yang secantik ini. Tambahan pula, saya masih lagi setahun jagung dalam bidang menulis lagu, jadi dapat menjadi sebahagian daripada program ini banyak membantu dan mengajar saya," katanya.

Untuk makluman, program itu mengundang ahli muzik dan penyanyi berpengalaman dari China dan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, dan Singapura untuk bertukar dan berkongsi mengenai muzik dan budaya antara negara-negara Asia Tenggara dan China.

Lihat video penuh persembahan di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment