Bawa Prop ‘Bangunan Sekolah’, Adik Ini Menang Dalam Pertandingan Fesyen Curi Tumpuan
Memang lain daripada yang lain lah dik.
Pertandingan fashion show di sekolah selalunya dimeriahkan dengan pelbagai reka bentuk pakaian yang kreatif
Bila ada saja pertandingan fashion show yang dianjurkan pihak sekolah, sudah pasti para ibu bapa teruja untuk mendaftarkan anak mereka terutamanya anak perempuan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang peserta pertandingan tersebut meragakan pakaian yang tidak dijangka dan sangat unik. Ia telah berjaya mencuri perhatian netizen.
Lihat video itu di bawah:
Rupa-rupanya, team cikgu-cikgu yang peragakan peserta
Video tersebut memaparkan seorang peserta mengenakan fesyen yang unik. Dia dilihat membawa sebuah prop yang dilihat seakan-akan bangunan sekolah.
Video tersebut juga telah tersebar ke Twitter dan mendapat respon daripada salah seorang ibu peserta. Dia mengatakan bahawa ibu bapa hanya mendaftarkan anak-anaknya dan kredit harus diberikan kepada cikgu-cikgu peserta.Apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah apabila peserta itu akhirnya dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut.
Image via @Syakiroh6148 (Twitter)
Image via @sherrybaiduri (TikTok)
"Patut la johan, segunung ilmu dia bawa. Haha" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut, kini ia telah mendapat 560.4K views, 18.6K likes dan 963 shares di TikTok.
Menerusi komen, netizen memberikan reaksi memuji kreativiti penghasilan fesyen-fesyen yang diperagakan. Ada juga yang terhibur dengan keunikan fesyen yang ditampilkan oleh peserta di dalam video itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @sherrybaiduri (TikTok)
Image via @sherrybaiduri (TikTok)
Image via @sherrybaiduri (TikTok)
Dah boleh challenge Aina Abdul ni dik :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment