seismik

[VIDEO] Letak Tangan Dekat Celah Pinggan, Gelagat Oyen Nak Ikan Goreng Ini Curi Perhatian

Buat-buat tidur pula dia

Cover image via @localrkyt (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Makanan yang sudah terhidang di depan mata akan membuatkan kucing bertindak

Sekali lagi kucing berwarna oren kembali dengan aksi-aksi yang menghiburkan orang ramai.

Kali ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seekor kucing dalam diam cuba mengambil ikan goreng yang sudah terhidang.

Lihat video tersebut di bawah:

Cubaan nak curi makanan dalam diam tapi kantoi

Menerusi video berkenaan, kucing tersebut dilihat sedang terbaring di atas meja makan sambil cuba mengambil ikan goreng yang terhidang.

Apa yang mencuri perhatian adalah cubaan kucing itu mengambil makanan adalah sangat tidak bermaya. Kucing itu dilihat menghulurkan hujung kakinya yang seolah-olah kelihatan seperti tangan dengan perlahan sambil menutup matanya.

Lebih menarik lagi, kucing tersebut mempunyai corak seperti memakai sarung tangan pada kakinya seperti yang ditulis pada kapsyen video.

"Dia ingat dia tutup mata orang tak nampak dia ke" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, video tersebut telah mencecah 297.4K views, 2646 reposts dan 6699 likes di Twitter.

Rata-rata komen yang dilontarkan netizen menunjukkan mereka terhibur dengan aksi kucing tersebut.

Berikut adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Tak sah kalau tak buat hal lah oyen ni :3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: