[VIDEO] Pilih Pakaian Tanpa Melihat, Aksi Fashion Show Geng Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur
Kreatif sangat!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum mengetahui sekarang kita semua berada dalam total lockdown yang menyebabkan kita semua tidak dibenarkan keluar rumah
Disebabkan itu, semua digalakkan untuk melakukan kerja hanya dari rumah. Bagi golongan pelajar pula, mereka perlu menjalani kelas secara online saja.
Namun, pasti keadaan ini akan menyebabkan ramai yang bosan dan tidak tahu mahu melakukan apa di rumah bukan?
Seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila aksi sekumpulan lelaki melakukan pertunjukan fesyen mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Random pilih pakaian tanpa melihat dan buat pertunjukan fesyen
Menerusi video perkongsian oleh @eneffeff, kelihatan seorang lelaki perlu duduk di atas sofa secara bergilir-gilir sambil beberapa orang lagi memegang pakaian dan objek yang perlu dipilih tanpa melihat ke belakang.
Selepas habis memilih objek dan pakaian berkenaan, mereka akhirnya muncul dengan satu idea dengan melakukan pertunjukan fesyen.
Apa yang lebih menghiburkan adalah, mereka perlu menggunakan semua barangan yang dipilih tadi untuk dijadikan sebagai konsep pertunjukan fesyen mereka itu. Ternyata mereka semua kelihatan sangat bersahaja kerana semua barangan diletakkan secara kreatif!
Image via @eneffeff (Twitter)
Image via @eneffeff (Twitter)
"Yang pakai topi cendawan tu macam hokage sia" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat aksi mereka itu. Malah, ada juga yang menyamakan mereka seperti pakaian dalam cerita animasi popular, Naruto.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 276.9K views, 13.8K retweets dan 17.6K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Kreatif betul semua gunakan barangan yang dipilih ya! :D
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment