Pemuda Ini Lakonkan Perangai Perempuan & Lelaki Bila Tengok Drama Buat Ramai Dapat Relate
Korang setuju tak?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa saja yang tidak suka menonton drama atau filem bukan? Tambahan pula jika ada pelakon kegemaran kita
Sudah pasti kita tidak akan melepaskan peluang untuk menonton cerita mereka. Mempunyai hero yang hensem atau heroin yang cantik dalam sesebuah drama kebiasaannya dapat menaikkan rating drama tersebut.
Bukan apa, ada sesetengah penonton hanya memandang rupa dari bakat lakonan itu sendiri. Tetapi, itu semua terpulang pada mereka untuk menilainya.
Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang pemuda cuba melakonkan kembali perangai apabila perempuan dan lelaki menonton drama menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tiru perangai perempuan Vs lelaki bila tengok drama
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang dikenali sebagai Arieff Yong cuba melakonkan semula perangai apabila perempuan dan lelaki bila menonton drama Melayu.
Dia kemudian cuba menyampaikan apa kebiasaannya yang perempuan sering lihat bila menonton drama, lebih-lebih lagi jika ada hero yang kacak.
Namun, apabila tiba part lelaki pula, dia cuba melakonkan benda sama dengan memuji kecantikan heroin berkenaan.
Apa yang lebih menghiburkan adalah setelah si lelaki memuji kecantikan heroin tersebut si perempuan terus naik angin dan memarahi lelaki itu.
"You kena faham perempuan je boleh puji lelaki. Lelaki tak boleh puji perempuan hahaha" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video tersebut. Malah, ramai yang dapat relate dengan situasi itu dengan pasangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 200.4K views, 6,909 retweets dan 8,963 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter: