seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Cuba Challenge Baca Berita Guna Prompter Buat Ramai Tergelak

Masuk air betul!

Cover image via @azfarherii (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti kita pernah terfikir pekerjaan pembaca berita ini tidaklah susah kerana hanya perlu membaca ayat yang diberikan saja bukan?

Sebenarnya tanggapan itu adalah salah sama sekali. Walaupun mereka kelihatan seperti senang kerana hanya membaca tetapi cara pembacaan dan sebutan perlulah menjadi keutamaan dalam menyampaikan sesuatu berita.

Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki mencuba challenge membaca berita mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@azfarherii

##duet with @shahrilsarapudin SUSAH NYA

original sound - shahrilsarapudin

Cuba challenge baca berita sampai tersasul sebutan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan instafamous bernama Azfar Heri sedang mencuba challenge yang sedang hangat di TikTok iaitu membaca berita.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah dipertengahan bacaannya, dia sehingga tersasul menyebut mengekang kepada 'mengkakang' yang membuatkan ramai ketawa.

Malah, dia juga dilihat seperti semput kerana bacaan di prompter yang laju dan terpaksa terkejar-kejar kembali untuk mendapatkan rentak bacaannya.

"Dia baru start pun aku dah gelak hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video tersebut. Malah, ada yang menyamakannya seperti penyanyi rapper.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 133.3K views, 24.4K likes dan 488 comments di TikTok

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, menghiburkan betul lah cara bacaan dia tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: