[VIDEO] Posing Dengan Gajah Siap Kena Angkat, Ramai Pula Yang Kesian Dekat Haiwan Ini
Budak-budak okay lagi, kalau orang dewasa kesian juga.
Jika bercuti ke Thailand, sudah tentu kita akan pergi ke zoo mereka yang popular dengan gajah
Tak sah kalau tidak bergambar dengan gajah kalau pergi ke sana kerana haiwan itu merupakan iconic bagi negara Thailand.
Malah, ada juga aktiviti seperti elephant riding yang ditawarkan kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman menaiki gajah. Tetapi, ramai juga yang tidak sampai untuk naik kerana kesian dengan haiwan tersebut.
Baru-baru ini, tular pula sebuah rakaman memaparkan seekor gajah mengangkat seorang budak perempuan menggunakan belalainya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Mula-mula nak bergambar je, sekali dapat rasa pengalaman diangkat gajah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @tiiidoooq, kelihatan seorang budak perempuan sedang bergambar dengan seekor gajah di Hatyai, Thailand.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila pada mulanya dia hanya disuruh memegang belalai gajah saja. Tetapi, tiba-tiba penjaga zoo itu menyuruhnya memeluk belalai gajah.
Sebaik saja dia berbuat demikian, gajah itu pantas mengangkat budak itu menggunakan belalainya. Budak itu dilihat seronok dan sempat membuat peace ke arah kamera.
Image via @tiiidoooq (TikTok)
"Ringan tak apalah, sampai aku karang patah pinggang gajah nanti" - Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih sehingga 1.3M views, 118.2K likes dan 2K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut. Namun, ada juga yang kesian melihat gajah itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @tiiidoooq (TikTok)
Image via @tiiidoooq (TikTok)
Image via @tiiidoooq (TikTok)
Gajah-gajah dekat situ memang dah biasa angkat dan bawa orang. Cuma kita lah rasa kesian :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment