seismik

"Banana Fruits Two Times" - Pemuda Fokus Rakam Kereta Accident, Sekali Lain Pula Yang Jadi

Adoi, okay tak tu?

Cover image via @emyrull96 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika ternampak kemalangan jalan raya berlaku di depan mata, sudah tentu kita akan memperlahankan kereta untuk melihat insiden tersebut betul tak?

Malah, kadangkala kesesakan lalu lintas berlaku kerana orang ramai memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Bukan semuanya ingin menolong mangsa, tetapi lebih kepada merakam saja.

Namun, berbeza pula dengan situasi yang berlaku kepada seorang pemuda ini semasa dia sedang asyik merakam sebuah kereta terbalik telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@emyrull96

Pelangi tak berape nk indah harini…

bunyi asal - Muhammad Amyrul - Muhammad Amyrul

Bawa motor sambil rakam kereta accident tepi jalan, sekali lain pula yang jadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @emyrull96, kelihatan pemuda itu sedang menaiki motosikal di sebuah jalan raya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia ternampak sebuah kereta terbalik di pembahagi jalan akibat kemalangan.

Dia mula memperlahankan motornya sambil merakam insiden itu. Namun, ketika dia sedang fokus merakam kereta itu tiba-tiba dia terlanggar motor di depannya.

Malah, penunggang motor di depannya itu sempat memerlinya degan berkata "abang tak tengok depan ke bang?".

"First time cameraman tak selamat. Hahaha kelakar tapi kesian" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 1.1M tontonan, 4.3K komen dan 5.4K perkongsian di TikTok.

Rata-rata warganet turut kesian kepada pemuda itu tetapi dalam masa yang sama terhibur melihat kejadian yang menimpanya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Lepas ni nak rakam tu berhenti dulu bang :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: