"Serius?! Sumpah?!" - Reaksi Suami Ini Bila Dapat Tahu Isteri Hamil Buat Ramai 'Melting'
Terkejut dan gembira pada masa yang sama, sang suami beberapa kali menanyakan kesahihan khabar tersebut yang disambut baik si isteri.
Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina
Mana tidaknya, kehadiran zuriat tentu akan menambah bibit bahagia buat pasangan suami isteri dalam melayan telatah dan ragam mereka.
Image via The Asian Parent
Walau bagaimanapun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam melayari bahtera rumah tangga untuk memiliki zuriat mereka sendiri.
Meskipun berat untuk menerima ketentuan ini, setiap yang berlaku sudah ditetapkan Allah SWT. Sebagai manusia kita perlulah berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan-Nya.
Baru-baru ini, satu video telah tular di laman Twitter menunjukkan reaksi seorang suami mendapat tahu bahawa isterinya telah hamil
Image via Twitter @suesafeei
Dalam video itu, dapat dilihat si isteri ingin membuat kejutan kepada sang suami dengan menggantungkan sepasang baju bayi pada televisyen milik mereka.
Ternyata baju bayi itu berjaya menarik perhatian sang suami sebaik sahaja dia memasuki kamar mereka. Menyedari bahawa dirinya bakal bergelar bapa, sang suami terus mendakap erat isterinya tanda tidak percaya.
Image via Twitter @suesafeei
Image via Twitter @suesafeei
Terkejut dan gembira pada masa yang sama, sang suami beberapa kali menanyakan kesahihan khabar tersebut yang disambut baik si isteri.
Benar-benar bagai mimpi menjadi kenyataan!
Lihat video penuh di bawah:
Sebenarnya video tersebut telah dikongsikan adik wanita tersebut yang meluahkan rasa gembira pada berita baik kakaknya itu
Susulan tularnya video itu, ramai yang turut teruja lebih-lebih lagi melihat reaksi sang suami dan masing-masing meluahkan rasa sukacita mereka dengan khabar kehamilan tersebut.
Bukan itu sahaja, para netizen juga telah mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri itu. Antara komen para netizen:
Image via Twitter @suesafeei
Image via Twitter @suesafeei
Alahai, comelnya!
Kami doakan yang baik-baik buat pasangan suami isteri ini dan bayi mereka.
Image via Giphy
Pasangan ini tunggu 5 tahun sebelum dapat anak!
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment