seismik

"Cantik Perancangan Allah" - 5 Tahun Raya Berdua, Tahun Ke-6 Raya Berlima. Alhamdulillah!

Pasangan ini menggunakan kaedah rawatan Intrauterine Insemenation (IUI) dalam usaha mendapatkan zuriat.

Cover image via Facebook Raihana Kadir

Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina

Mana tidaknya, kehadiran zuriat tentu akan menambah bibit bahagia buat pasangan suami isteri dalam melayan telatah dan ragam mereka.

Image via Limau Manis

Walau bagaimanapun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam melayari bahtera rumah tangga untuk memiliki zuriat mereka sendiri.

Meskipun berat untuk menerima ketentuan ini, setiap yang berlaku sudah ditetapkan Allah SWT. Sebagai manusia kita perlulah berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan-Nya.

Seperti yang berlaku kepada pasangan, Raihana Kadir dan suaminya, Muhammad Hafiz yang tidak pernah putus asa dalam usaha untuk memiliki zuriat

Dalam satu perkongsian di laman Facebook, Raihana meluahkan rasa kesyukurannya dikurniakan tiga cahaya mata kembar setelah lama menanti, iaitu sejak berkahwin pada tahun 2014.

Aidilfitri pada tahun ini ternyata lebih bermakna buat pasangan suami isteri ini lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak-anak mereka yang diberi nama Huda, Harras dan Haris.

Ternyata ramai yang turut bergembira dengan Raihana serta Hafiz dan rata-rata mengucapkan rasa teruja meraka di atas perancangan hebat Allah SWT. Terdapat juga sahabat handai yang memohon doa orang ramai agar mereka juga boleh sama merasai apa yang dirasai pasangan ini.

Antara komen-komen di laman Facebook:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: