seismik

"Duit Boleh Cari, Bahagia Tiada Ganti" - Hebatnya Dr Say Shazril Boleh Berfikiran Sebegini

Pasangan ini juga dikatakan telah menunggu kehadiran cahaya mata selama 4 tahun selepas berkahwin.

Cover image via Instagram @say_shazril

Hidup ini memang memerlukan wang, namun tidak semestinya anda perlu mengorbankan kebahagiaan dan segalanya demi wang. Langsung tidak berbaloi.

Wang atau harta tidak menentukan seseorang itu akan bahagia dan tenang. Sama juga seperti kebahagiaan rumahtangga, ia tidak menjamin bahawa pasangan itu akan lebih bahagia dengan memiliki wang yang banyak.

Kerana kebahagiaan itu tidak dapat dimiliki atau dibeli sebegitu sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Image via Google

Sesungguhnya, banyak perkara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki kesilapan dalam rumahtangga. Untuk permulaan, cuba untuk lebih hargai momen bersama keluarga. Ini kerana ikatan di antara pasangan akan lebih kukuh jika masing-masing merasakan diri mereka dihargai.

Tidak kiralah dengan cara apa sekalipun. Paling penting, jangan dahulukan wang ketika mencipta bahagia.

Seperti perkongsian seorang lelaki bergelar doktor iaitu Dr Shazril yang telah menulis tentang pengalaman dihadapi selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung

Penulisan melalui laman Instagram miliknya itu adalah mengenai perkara yang berlaku selepas sahaja putera sulungnya dilahirkan. Namun begitu, Dr Say masih menerima berita tersebut dengan tenang tanpa perasaan marah atau sebagainya.

Memang sungguh tidak disangka.

Dr Shazril bersama putera sulungnya.

Image via Instagram @say_shazril

Sifat positif yang ada dalam diri Dr Say ini patut dicontohi ramai.

"Duit boleh dicari, kebahagiaan tidak boleh diganti"

Setelah 4 hari warded, arini bini & baby sy dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta lagi2 operation caesar, sy boleh agak2 kosnya yakni dlm RM10k-15k. Tapi bile jumlah bil sebenar dibisik ke telinga sy, terduduk sy dibuatnye bang. RM20k total.

Sy jd resah memikirkan bgaimana sy nk sampaikan nombor kepala 2 ni kpd bini. Bini start pushy2 tnye brape bil, sy tewas dgn desakannya & dgn berat hati sy sampikan berita nombor kepala 2 tu kpdnya.

Bila orang tanya, "Kenapa pilih untuk bersalin di hospital swasta?"

Ini jawapannya...

Mungkin ade yg berfikir, "tula sape suruh bersalin SJMC, tu hospital org2 berado je tu" tp given baby's circumstance (tali pusat ketat di leher) & komplikasi bini previously (pernah operation explorative laparotomy for burst appendicitis), SJMC was d right place.

Parents sy salu pesan, "don't be a slave for money, cz money sentiasa boleh dicari" & btol ape kata parents sy, lepas kelahiran baby, rezeki dtg bersilih ganti. Ingat peeps, jgn sesekali kite berkira when it comes to wellbeing of our baby k?

Netizen turut memuji sikap Dr Say dalam hal ini:

"Hebatnya seorang suami boleh berfikiran seperti ini.."

"4 kali melakukan IVF barulah berhasil..."

"Telah melakukan IVF, namun selepas dua kali baru menjadi. Total yang telah dihabiskan adalah RM50k.."

Betul kata orang tua-tua, duit memang boleh dicari. Kebahagiaan itu perlu dicipta bersama pasangan sendiri.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Buat pasangan suami isteri di luar sana:

You may be interested in: