Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Remaja Gigih Basuh Motor Dalam Sungai, Sekali Terduduk Enjin Tak Boleh Start

Yakinnya kamu...

Cover image via @niesaregae (TikTok)

Sebut saja pasal motor, kebanyakan orang lelaki mesti rasa sayang betul dengan kenderaan kesayangan mereka itu

Pantang nampak motor berhabuk sikit, mesti nak basuh bersih-bersih sampai kilat sebab takut motor kotor.

Tidak terkecuali juga dengan seorang remaja lelaki ini apabila videonya sedang membasuh motor kesayangan tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Sayang motor itu dah betul, tetapi videonya mengundang tawa warganet kerana caranya membasuh motor itu tidak pernah terfikir dek akal.

Lihat video perkongsian daripada rakannya di bawah:

Selamba basuh motor dalam sungai yang dalam sehingga paras lutut, akhirnya terduduk sebab enjin tak boleh start

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, kelihatan remaja lelaki tersebut sedang bersungguh-sungguh membasuh motor kesayangannya dalam sungai.

Namun, aksi remaja lelaki itu mengejutkan warganet kerana tidak pernah dibuat orang basuh motor dalam sungai, sampai hampir tenggelam seluruh badan motor itu.

Di akhir video, ternyata usaha remaja lelaki itu sia-sia sebab enjin motornya tidak boleh start sebaik saja dia bawa naik ke darat. Malah, dia terpaksa buka satu persatu bahagian motor itu yang telah dimasuki air.

Image via @niesaregae (TikTok)

"Bukan saja motor masuk air, malah kepala pun masuk air" - Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini mendapat 126,200 tontonan di TikTok, rata-rata warganet terhibur dan dalam masa yang sama kesian tidak tahu macam mana remaja lelaki itu boleh terfikir nak basuh motor dalam sungai.

Mereka berpendapat mungkin dia orang bandar yang teruja baru masuk kampung sehingga yakin untuk basuh motor dalam sungai.

Antara komen menarik daripada warganet:

Image via @niesaregae (TikTok)

Image via @niesaregae (TikTok)

Image via @niesaregae (TikTok)

Image via @niesaregae (TikTok)

Image via @niesaregae (TikTok)

Image via @niesaregae (TikTok)

Image via @niesaregae (TikTok)

Image via @niesaregae (TikTok)

Kesian juga sebenarnya tapi itu lah. Confident betul dia basuh motor tu ya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment