[VIDEO] "Rezeki Kena Share Sama-Sama" - Gadis Ini Bekalkan Makanan Untuk Pencuci Kereta
Baiknya dia!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bukan semua orang di dunia ini dapat hidup dengan pelbagai kemudahan dan limpahan rezeki
Ada yang terpaksa menggalas 2 hingga 3 pekerjaan untuk mencari sesuap nasi. Tidak dinafikan juga semua lapisan masyarakat sememangnya bekerja keras untuk menampung hidup mereka masing-masing. Tambahan lagi, dalam era pandemik ini pasti ramai yang terkesan.
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis baik hati membekalkan makanan kepada pencuci kereta mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bekalkan makanan dan berikan kepada pencuci kereta yang datang ke rumah
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pak cik datang ke rumah gadis itu untuk mencuci kereta keluarga mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gadis itu sama sekali tidak kedekut dan bekalkan makanan untuk pak cik itu selepas mendapati pak cik berkenaan belum makan.
Tingkah laku dan sifat gadis itu telah menjadi inspirasi kepada orang ramai. Betul lah orang kata, "Dalam rezeki kita, pasti terselit juga rezeki insan lain".
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Mulia sungguh hati seorang hamba ni ya Allah, semoga murah rezeki" - Netizen
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji sifat gadis itu. Malah, ramai yang mendoakan supaya rezekinya melimpah ruah.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 306K tontonan, 40K tanda suka dan 1K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @itissyahira (TikTok)
Image via @itissyahira (TikTok)
Image via @itissyahira (TikTok)
Image via @itissyahira (TikTok)
Image via @itissyahira (TikTok)
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar untuk kita bantu orang yang tidak berkemampuan di luar sana :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment