[VIDEO] "Serba Boleh" - Mak Cik Fasih Berbahasa Kantonis & Tamil Ini Buat Ramai Kagum
Salute!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kemahiran berbahasa asing merupakan satu bakat unik yang ramai idamkan
Iyalah, bukan saja boleh berkomunikasi dengan pelbagai orang yang berlainan bangsa dan budaya. Malah, ia juga memberi manfaat kepada diri sendiri dalam bidang kerjaya.
Kita sering kedengaran ramai yang boleh berbahasa Mandarin bukan? Namun, mak cik ini menjadi tular apabila videonya yang fasih berbahasa Kantonis dan Tamil itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lancar bercakap dengan kawan Cina dan Indianya
Menerusi video berkenaan, kelihatan anak Mak Cik itu telah merakam perbualannya bersama rakan di luar rumah.
Apa yang lebih menarik adalah apabila Mak Cik itu fasih berbahasa Kantonis bersama rakan Cinanya itu. Perkara itu membuatkan ramai terpegun dengannya.
Bukan setakat itu, sebelum pulang Mak Cik berkenaan juga sempat berbual dalam bahasa Tamil dengan rakan Indianya.
"Apalah yang dia duk bawangkan tu, tapi mak cik ni memang kelas beb!" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan kemahiran berbahasa yang dikuasai mak cik itu. Malah, ramai yang memuji kehebatan mak cik berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.8M tontonan, 134K tanda suka dan 7K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @maiyahrahim_ (TikTok)
Image via @maiyahrahim_ (TikTok)
Image via @maiyahrahim_ (TikTok)
Image via @maiyahrahim_ (TikTok)
Image via @maiyahrahim_ (TikTok)
Powerlah mak cik, semua bahasa dia fasih! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment