Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Sering Diejek 'Tiang & Papan’, Gadis Ini Dedah Penat Kena Body Shaming

Semua orang cantik dengan cara tersendiri, tak perlu kot body shaming?

Cover image via @ syiera.eyya (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Isu body shaming sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita zaman sekarang

Bukan saja mereka yang berbadan besar sering diejek gemuk dan kuat makan, tetapi ada juga yang diejek gara-gara terlalu kurus seperti kurang diberi makan.

Begitulah nasib seorang gadis ini apabila tular videonya mengadu sedih kerana selalu kena body shaming dengan orang sekeliling.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Diejek macam-macam sampai ada yang ingat kena penyakit AIDS

Menerusi video yang dimuat naik oleh Syiera Eyya, dia meluahkan rasa sedih apabila tubuh badannya sering menjadi bahan ejekan ramai.

"Tinggi I 171cm, berat 38kg je. Dah consult doctor and I memang sihat semua okay. Cuma katanya terlalu stress, I dah penat asyik kena body shaming dari sekolah lagi. Suruh makan banyaklah, ambil itulah ambil inilah, bukan tak cuba"

"Dah selalu cuba tapi tak berhasil. Sampai satu tahap, cakap kat mak rasa dah tak nak hidup. Tapi masa tu remaja lagi tak fikir panjang"

Image via @syiera.eyya (TikTok)

"Sebab sakit sangat orang ejek 'tiang', 'kepeng', 'papan', 'leper', 'panjang', sampai orang kata I ambil dadah ada sakit AIDS bagai. Sedih sangat, tapi bila dah dewasa hanya mampu pekakkan telinga, redha serta syukur dengan setiap apa yang diberi. Alhamdulillah masih sihat"

"Janganlah body shaming, mudarat pada orang lain. Kesian mereka, kita tak tahu apa yang dia lalui, kadang dia usaha sehabis baik tapi takat itu je kemampuan dia," katanya.

"Finally someone made this video, sedih sangat selalu kena body shaming. Kita tak kacau diaorang pun" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 85.5K views, 7,307 likes serta 311 shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rupa-rupanya ramai yang mengalami nasib sama seperti gadis itu.

Ada juga yang memuji wanita itu cantik walaupun memiliki tubuh badan yang kurus dan berpendapat bahawa janji semua orang happy dengan hidup masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @syiera.eyya (TikTok)

Image via @syiera.eyya (TikTok)

Image via @syiera.eyya (TikTok)

Image via @syiera.eyya (TikTok)

Image via @syiera.eyya (TikTok)

Image via @syiera.eyya (TikTok)

Image via @syiera.eyya (TikTok)

Image via @syiera.eyya (TikTok)

Tak baik body shaming orang lain, kita sendiri pun tak perfect tau. Be kind to each other okay guys?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment