[VIDEO] Staf Minta Pakai Chopstick, Pelanggan Ini Terkedu Dilarang Makan Sushi Guna Tangan
Berdosa ke makan sushi kalau tak pakai chopstick?
Umum sedia maklum, sushi merupakan makanan tradisional popular di Jepun
Makanan ini tidak asing lagi di mata dunia. Ada yang boleh menikmatinya dan ada juga yang kurang menggemarinya.
Sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Ianya boleh dimakan secara mentah, dimasak atau diperam.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan pengalaman sepasang vlogger sedang menikmati sushi di sebuah restoran berdekatan Batam, Indonesia.
Walau bagaimanapun, pengalaman itu bertukar kepada situasi yang agak memalukan kerana mereka ditegur oleh seorang staf restoran di situ.
Tonton video penuh itu di bawah:
Ditegur oleh salah seorang staf restoran sebab makan sushi pakai tangan
Pada awalnya, mereka dilihat sedang enak menjamu selera tanpa menyedari rupa-rupanya ada pekerja sudah mula memerhati meja mereka seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Tidak lama kemudian, salah seorang pelayan lelaki akhirnya datang untuk menegur perbuatan mereka yang makan menggunakan tangan.
"Maaf bang, makan sushi di sini tak boleh pakai tangan, kena pakai penyepit ikut budaya dari Jepun," ujar pekerja itu.
Agak tergamam dengan teguran berkenaan, namun pekerja tersebut menjelaskan kedai mereka memang mengetengahkan budaya Jepun.
Jadi perlu mengikut peraturan di sana, sushi itu harus dinikmati dengan penyepit yang disediakan kepada setiap pelanggan.
Image via @enjoybatam (TikTok)
Image via @enjoybatam (TikTok)
"Restoran terpaling Jepun, mesti diaorang tak pernah tengok cerita Doraemon" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih lebih 1.2 juta tontonan, 84.7 ribu tanda suka dan 8,114 komen di TikTok.
Rata-rata netizen berpendapat pelanggan yang membeli makanan di situ mempunyai hak sendiri untuk menentukan bagaimana cara untuk mereka makan kerana sudah dibayar.
Malah, ada meninggalkan komen sinis dan menyatakan seorang cef terkenal di Jepun pun makan sushi menggunakan tangan, tiada pula dia menggunakan chopstick.
Berikut antara komen menarik netizen di TikTok:
Image via @enjoybatam (TikTok)
Image via @enjoybatam (TikTok)
Image via @enjoybatam (TikTok)
Apa pendapat anda mengenai isu ini? Salah ke kalau kita makan sushi menggunakan tangan?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment