Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Suami Bebel Kena Cabut Berpuluh Pin Rambut, Pasangan Ini Buat Ramai Terhibur

Siapa pernah kahwin tahulah perasaan suami dia macam mana.

Cover image via @tiniedom (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasangan mana je yang tak nak kelihatan cantik dan segak pada hari persandingan bukan?

Lebih-lebih lagi pengantin perempuan, sudah tentunya mereka ingin nampak perfect dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Seperti mana yang kita tahu, pengantin perempuan memerlukan banyak aksesori di bahagian kepala contohnya sanggul lintang, pin rambut, jarum peniti, veil dan sebagainya.

Tetapi bila selesai saja acara, sudah pasti mereka memerlukan bantuan orang lain untuk membuka satu per satu semua aksesori itu.

Sama seperti sebuah video tular di TikTok ini apabila seorang wanita memuat naik rakaman suaminya mencabut berpuluh pin rambut selepas majlis kahwin mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terpaksa minta tolong suami buka sanggul dan pin di kepala lepas majlis kahwin selesai

Menerusi perkongsian video daripada @tiniedom, kelihatan suaminya itu sedang gigih mencabut sanggul dan satu per satu pin di rambutnya selepas majlis persandingan mereka selesai.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila suaminya membebel semasa mencabut pin di rambutnya itu.

"Kesian you, you tengok ni semua kat kepala you cucuk kepala you. Macam mana you tak pening? Kalau I pun pengsan dah, lepas nikah tu I balik," katanya.

Image via @tiniedom (TikTok)

Image via @tiniedom (TikTok)

"Yang dah kahwin je faham perasaan suami unboxing isteri macam mana. Aku haritu jenuh laki bukakkan pin tudung dengan veil" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih 388.1K tontonan, 38.5K tanda suka dan 1.1K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat pasangan itu.

Malah, ramai yang berkongsi pengalaman sama mereka selepas berkahwin di mana si suami yang kena buka semua pin dan veil di kepala.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @tiniedom (TikTok)

Image via @tiniedom (TikTok)

Image via @tiniedom (TikTok)

Image via @tiniedom (TikTok)

Image via @tiniedom (TikTok)

Image via @tiniedom (TikTok)

Image via @tiniedom (TikTok)

Image via @tiniedom (TikTok)

Respect suami dia sebab faham betapa peningnya isteri dia kena pakai berat-berat atas kepala :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment