Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Suami Nigeria Ini Curi Tumpuan Rajin 'Basuh' Baju Pakai Tangan. Bersih Sungguh!

Ada lagi ke orang basuh baju pakai tangan?

Cover image via @bib_bites (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Basuh baju merupakan salah satu rutin harian kita semua

Dengan kemajuan teknologi zaman kini, rata-rata orang basuh baju menggunakan mesin basuh. Tidak ramai yang basuh baju menggunakan tangan melainkan baju itu tidak boleh dimasukkan dalam mesin dan perlu penjagaan yang teliti. 

Namun begitu, berbeza pula dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan seorang suami gigih dan rajin membasuh baju menggunakan tangan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Basuh dan sental baju sekolah anak menggunakan tangan sehingga bersih dan putih

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bib_bites, kelihatan suaminya yang berasal daripada Nigeria sedang membasuh baju sekolah anak mereka. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila suaminya rajin menyental baju guna tangan walaupun di rumah mempunyai mesin basuh. 

Si isteri memberitahu bahawa perkara itu sudah menjadi amalan suaminya semasa di Nigeria kerana dia berpendapat basuh baju menggunakan tangan jauh lagi bersih berbanding mesin. 

Malah, suaminya bukan saja rajin basuh baju sekolah anaknya, malah seluar jeans dan tshirt pun dibasuhnya menggunakan tangan. 

Image via @bib_bites (TikTok)

Image via @bib_bites (TikTok)

Image via @bib_bites (TikTok)

Image via @bib_bites (TikTok)

Image via @bib_bites (TikTok)

"Basuh baju tu satu hal, dia basuh baju sekolah anak-anak so sweet" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 660K views, 32K likes dan 400 comments di TikTok. 

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen memuji suaminya yang rajin itu. Malah, ada yang bersetuju bahawa membasuh baju guna tangan lebih bersih. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Image via @bib_bites (TikTok)

Image via @bib_bites (TikTok)

Image via @bib_bites (TikTok)

Mesti baju-baju dia semua bersih dan putih melepak, fuh respect!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment